Peningkatan gurun dan galakan ekonomi Perdagangan_rentas_Sahara

Masjid Agung Djenné, dibina pada 800, merupakan tapak perdagangan penting, kini Tapak Warisan Dunia

Suatu masa, Sahara memiliki persekitaran yang berbeza. Di Libya dan Algeria dari sekurangnya 7,000 BCE pernah terdapat gembala, mengembala kambing dan biri-biri, penempatan besar dan barangan tembikar. Lembi duperkenalkan ke Sahara Tengah (Ahaggar) sejak 4,000 hingga 3,500 BCE. Lukisan batu mengkagumkan (bertarikh 3,500 hingga 2,500 BCE) di tempat yang kini amat kering menggambarkan kehadiran tumbuhan dan haiwan yang agak berbeza dari jangkaan moden.[1]

Sahara merupakan lapangan memusuhi yang memisahkan ekonomi Mediterranean dari ekonomi Lembangan Niger. Fernand Braudel menegaskan, zon seperti itu, seperti Lautan Atlantik, hanya berbaloi direntasi dalam keadaan luar biasa, apabila keuntungan jauh melebihi kerugian.[2] Bagaimanapun, tidak seperti Atlantik, Sahara sentiada didiami oleh kumpulan orang yang mengamalkan perdagangan diperingkat tempatan.

Perdagangan pada era Islam dilakukan menggunakan khalifah Unta. Unta ini akan digemukkan selama beberapa bulan di padang samaada di Maghreb atau di Sahel sebelum dikumpulkan membentuk khalifah. Menurut Ibn Battuta, penjelajah yang mengiringi salah satu khalifah ini, saiz purata adalah seribu ekor unta setiap khalifah, dengan sesetengah sebesar 12,000.[3][4]

Khalifah ini akan dipandu oleh orang-orang Berber yang dibayar dengan lumayan yang mengetahui mengenai padang pasir dan memastikan laluan selamat dari saudara nomad mereka yang lain.

Keselamatan khalifah adalah tidak menentu dan bergantung kepada penyelarasan yang teliti. Suruhan akan dihantar dahulu ke oasis bagi mengangkut air ke khalifah ketika ia masih beberapa hari sebelum sampai, kerana khalifah tidak membawa cukup air untuk melengkapi perjalanan.


Rujukan

WikiPedia: Perdagangan_rentas_Sahara http://www.editecom.com/index2.php?refRevue=RE&num... http://www.editionstechnip.com/F/revue_geopolitiqu... http://mondediplo.com/1998/04/02africa http://naady.com/index.php/main/the-trans-saharan-... http://www.reuters.com/article/latestCrisis/idUSL1... http://www.routledge-ny.com/ref/africanhist/tuareg... http://www.anth.ucsb.edu/faculty/stsmith/research/... http://www.yale.edu/ynhti/curriculum/units/2007/2/... http://www.hf-fak.uib.no/institutter/smi/paj/Mason... http://www.metmuseum.org/toah/hd/gold/hd_gold.htm